HOME: Mengenai Kami Fungsi & Tanggungjawab

Fungsi & Tanggungjawab

E-mail Print PDF

Fungsi dan tanggung-jawab Akademi adalah melaksanakan rangkaian kerjasama yang telah dipersetujui oleh UiTM dan PDRM sebagaimana di meterai di dalam Memorandum Persefahaman antara kedua-dua pihak. Secara umum, fungsi Akademi adalah untuk merancang dan melaksanakan segala bentuk kerjasama dalam bidang pendidikan, latihan, penyelidikan untuk dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak. Secara khusus, fungsi dan tanggung-jawab Akademi Kepolisan UiTM/PDRM adalah:-

  1. Menawarkan program akademik peringkat sarjana, sarjana muda dan diploma yang terdapat di UiTM bersesuaian dengan fokus dan keperluan PDRM secara sepenuh masa, separuh masa atau secara jarak jauh mengikut kesesuaian dan perancangan pembangunan sumber manusia PDRM.
  2. Mengendalikan kursus-kursus jangka pendek yang menggunakan kepakaran sedia ada di UiTM untuk peningkatan kerjaya pegawai dan anggota PDRM.
  3. Mengenal pasti dan mempertingkatkan program sedia ada yang dilaksanakan sama ada oleh UiTM dan PDRM agar menjadi lebih kompetitif untuk dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak UiTM dan PDRM.
  4. Menggabung dan menggunasama tenaga kepakaran UiTM dan PDRM sama ada dari segi pengetahuan, prasarana mahupun fasiliti untuk dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak UiTM dan PDRM.
  5. Menggembeling kepakaran yang terdapat di UiTM bagi menggubal dan menawarkan program baru bersifat futuristik kepada anggota dan pegawai PDRM.
  6. Bekerja sama dengan PDRM menggubal pendekatan dan model baru latihan Kor SUKSIS yang lebih efektif dari segi pengurusan dan kos untuk dilaksanakan di seluruh kampus UiTM Negeri.