HOME: Mengenai Kami Pejabat & Logistik

Pejabat & Logistik

E-mail Print PDF

Akademi Kepolisan UiTM/PDRM beroperasi di UiTM Shah Alam dan mempunyai pejabat operasi di Institut Latihan PDRM di Bukit Sentosa. Kedudukan Pejabat Akademi Kepolisan di UiTM Shah Alam akan memudahkan urusan pentadbiran dan penyelarasan dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya kerana berdekatan dengan fakulti dan pusat akademik yang berkaitan seperti Akademi Pengajian Bahasa, Institut Perkembangan Pendidikan dan Institut Pengajian Siswazah.

Pejabat operasi di Institut Latihan PDRM di Bukit Sentosa berfungsi mengurus dan menyelaraskan kemudahan logistik, alatan bantuan mengajar dan bilik kuliah untuk pengajaran dan pembelajaran. Pejabat operasi akan sentiasa berhubung-rapat dengan Pejabat Institut Latihan Polis dalam urusan pengurusan dan penyelarasan tersebut.

Selain memiliki segala bentuk kelengkapan pentadbiran dan kemudahan ICT yang moden untuk pengajaran dan pembelajaran, Akademi akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah kenderaan yang boleh digunakan untuk memudahkan pergerakan ke pejabat-pejabat berkaitan seperti fakulti, pusat akademik, pejabat operasi dan juga dengan PDRM khususnya di Bukit Aman.