HOME: Mengenai Kami Pengenalan AKP

Pengenalan AKP

E-mail Print PDF

Akademi Kepolisan UiTM-PDRM diluluskan penubuhannya pada 19 Julai 2011 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UiTM Bil. 15/2011, selepas kira-kira 5 hari Memorandum Persefahaman antara Universiti Teknologi MARA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditandatangani. Manakala penubuhan Akademi Kepolisan UiTM-PDRM secara rasminya pada 1 Ogos 2011. Akademi Kepolisan UiTM-PDRM merupakan satu daripada beberapa rangkaian kerjasama yang telah dipersetujui untuk menyediakan ruang dan peluang kepada warga PDRM sama ada untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau pun meningkatkan kerjaya kepolisan mereka.

Selain itu, Akademi Kepolisan UiTM/PDRM turut berperanan meluaskan pelaksanaan latihan Kor SUKSIS di seluruh Kampus Negeri dengan pendekatan yang lebih dinamik dan efektif dari segi kos. Perluasan latihan tersebut mampu meningkatkan lebih ramai lagi siswa-siswi UiTM yang berpotensi untuk dilatih dan ditauliahkan sebagai Pegawai Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia. Untuk melaksanakan tanggung jawab tersebut, Akademi Kepolisan UiTM/PDRM akan bekerjasama dengan Cawangan Latihan dan Cawangan Pembantu PDRM di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri menyediakan latihan luar dan latihan akademik kepada siswa-siswi yang terlibat.