HOME: Mengenai Kami Struktur Pentadbiran

Struktur Pentadbiran

E-mail Print PDF

Pentadbiran Akademi diketuai oleh seorang Pengarah yang dilantik oleh UiTM dan dibantu oleh tiga (3) orang kordinator dan seorang Penolong Pendaftar Kanan. Kordinator yang dilantik terdiri daripada pensyarah UiTM dari beberapa buah fakulti yang mempunyai kaitan dengan program-program yang ditawarkan oleh Akademi. Selain itu seorang kordinator yang dilantik oleh PDRM akan bertanggung-jawab dalam pengurusan dan latihan Kor-SUKSIS di Kampus Shah Alam dan menyelaraskan latihan Kor SUKSIS di semua Kampus Negeri.

Pentadbiran Akademi diuruskan oleh seorangng Penolong Pendaftar Kanan yang akan membantu Pengarah dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran am, pengurusan kakitangan, kewangan dan hubungan luar dengan fakulti, pusat akademik dan PDRM. Pentadbiran di hierarki yang lebih rendah terdiri daripada dua (2) orang Pegawai Eksekutif, dua (2) orang Pembantu Tadbir, dua (2) orang Pembantu Am Rendah dan seorang (1) pemandu. Secara umum, struktur pentadbiran Akademi Kepolisan UiTM/PDRM ditunjukkan di bawah:-