HOME: Program Program Akademik

Program Akademik

Akademi Kepolisan akan menawarkan program akademik yang sedia terdapat di UiTM dan dari semasa ke semasa akan bekerjasama dengan fakulti untuk memperkenalkan program baru bersifat futuristik mengikut keperluan dan persetujuan PDRM.

 

Program akademik meliputi program di peringkat Sarjana, Sarjana Muda dengan Kepujian dan program Diploma. Penawaran program dari segi peringkat, jenis dan bilangan pelajar bergantung kepada keperluan dan perancangan sumber manusia PDRM. Program-program yang boleh ditawarkan adalah:-

Peringkat PengajianNama ProgramMod Pengajian
Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) (AM228) PLK
Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia (BM223) PLK
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) (BM232) PLK
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sistem Maklumat (Kepujian) (IM225) PLK
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Undang-Undang (LW213) PLK
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam (MC222)
PLK
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) (SR221)
PLK
Diploma Diploma Pengurusan Sukan (SR113) PLK
Diploma Pentadbiran Awam (AM110) PLK
Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BM118) PLK
Diploma Penngurusan Maklumat (IM110) PLK

 

Oleh kerana sebahagian besar program akademik adalah berbentuk separuh masa, sama ada menggunakan mod pengajian luar kampus (PLK) atau secara jarak jauh elektronik (e-PJJ), Akademi akan sentiasa bekerja sama dengan Institut Perkembangan Pendidikan dalam menawarkan program tersebut. Pengendalian seminar yang berkaitan dengan program akademik akan diadakan di Institut Latihan Kepolisan Bukit Sentosa atau mana-mana Maktab PDRM di seluruh negara. Manakala pelantikan pensyarah, pemudahcara dan moderator akan diuruskan oleh Akademi dengan bantuan fakulti / pusat akademik berkaitan.